BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, December 15, 2008

We need to TALK

Komunikasi penting diantara dua pasangan. Sains membuktikan wanita lebih mudah difahamkan dengan penjelasan ayat yang menyeluruh dan dialog. Sebagai suami, gunakanlah cara ini untuk berkomunikasi dgn isteri anda. JANGAN harapkan dia faham apa saja yang anda mahu jika tidak menjelaskannya dengan terang. Katakan apa saja yang ingin anda katakan dan kaitkan dengan apa saja yang anda dan dia sukai. Sebagai pilihan lain, anda boleh SMS kepadanya tentang apa sahaja yang anda ingin dr dia mlm ini. Komunikasi yang wujud secara sihat antara dua pihak akan memudahkan lagi perhubungan anda..

SIHAT DAN CANTIK TANPA MODAL!

Actually..klu nak cantik ni x perlu belanja besar pun kita still boleh LOOK BEAUTiFUL! Caranya? mudah jer..

  • Amalkan pemakanan seimbang. Kurangkan tabiat memakan makanan ringan.
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20mnt setiap sessi.
  • jgn kerja terlalu keras, rehat dan tidur secukupnya
  • Hindarkan bahan yg mencemarkan kesihatan (alkohol, rokok dll..)
  • Banyak BERIBADAT agar mental, fizikal dan emosi sentiasa sihat!
SELAMAT MENCUBA YA..

PIZZA

Seperti yang diketahui ramai, kandungan kalori dlm pizza memang TINGGI. Sekeping pizza berukuran besar mempunyai lebih kurang 2000 KALORI dan 60gm LEMAK. Bagaimanapun.. makanan kegemaran ini msh mpunyai kebaikan. Sos pizza dikatakan mengandungi benyak LIKOPEN, iaitu sejenis karatenoid yang boleh mengurangkan risiko KANSER PROSTAT. Taburan keju di atasnya pula mengandungi kalsium yang cukup untuk membantu tulang yang kuat, menurunkan tekanan darah, dan mencegah kanser usu besar.

Saturday, December 13, 2008

Khasiat LOVE FRUIT

LOVE FRUIT? buah ape tue.. jgn panik. Love fruit ni ialah buah STRAWBERRY. Disebabkan bentuknya yang unik dan warnanya yang merah MENGGODA persis sebentuk hati membuatkn buah ni di gelar Love Fruit ataupun 'Buah Cinta'! Menarik.. Buah Strawberi mempunyai kadar antioksidan yang tinggi selain kaya dengan kandungan serat, Vitamin C, Folat dan Potasium. Berita baik untuk semua pemggemar Love Fruit kerana..

  • Mampu menyusutkan kadar KOLESTEROL!
  • Dapat membantu melumpuhkan kerja-kerja aktif kanser !
  • Membantu dalam mengelakkan risiko terkena STROK.
  • Anti PENUAAN!! (arghhhhhh..lps ni EM nk shopping Love Fruit, penuhkn peti ais!)
  • Jika dimakan secara teratur, dapat menghalus dan mencerahkan kulit.
  • Air rebusan Daun Love Fruit, dipercayai dapat mengurangkan demam jika diminum setiap hari.
  • Banyak lagi khasiat Love Fruit ni sebenarnya..x larat EM nak tulis satu persatu
Apa yang penting, ELAKKAN memakan Love Fruit yang sudah diolah kerana kandungan zatnya sudah berkurangan. sumber (PP12877/08/2008)

KOPItiam

Hmm..kebelakangan ni, ramai diantara kita memilih untuk 'melepak' di kopitiam. Kenapa ya fenomena ni berlaku? Sbb glamer kot..hehe. Well..EM bkn nak bcakap tentang ke'gilaan' remaja atau bapak remaja pd kopitiam, tapi..EM ingin berkongsi salah satu menu yg ader di semua kopitiam yang baik untuk kesihatan kita semua. RAHSIA TELUR SEPARUH MASAK! Actually, telur separuh masak (yang diambil putihnya sahaja ya!) adalah sajian yang rendah lemak dan rendah kolesterol yang TERBAIK untuk sarapan pagi kita. Kita hanya perlu campurkn bersama mayonis bebas lemak dan hirisan salad untuk dijadikan sandwich atau dimakan begitu sahaja dan mampu memberikan tenaga yang secukupnya tanpa menjejaskan JANTUNG kita..Menarik bukan? Lepas ni boleh la tiap2 pagi lepak di Kopitiam sambil mkn 1/2 boiled egg ;-) :sumber(PP12877/08/2008)