BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 4, 2009

KAHWIN DUA rahsia panjang umur??

BAGI sesetengah kaum Adam, memiliki seorang isteri sudah cukup memeningkan kepala. Namun ada kajian menunjukkan berkahwin dua mampu memanjangkan usia. Kajian dilakukan oleh penyelidikan dari University Sheffield, United Kingdom ke atas lelaki berusia lebih 60 tahun daripada 140 buah negara yang mengamalkan poligami. Keputusan mendapati secara purata usia mereka 12 peratus lebih panjang daripada lelaki yang bermonogami. Penyelidik percaya pologami menyebabkan timbul 'father effect' yang memanjangkan umur. Ini kerana lebih banyak isteri yang dikahwini, bermakna lebih ramai anak dimiliki meski pun usia sudah mencecah 50 atau 60 tahun. Dengan itu memberika mereka alasan untuk hidup lebih lama berbanding lelaki yang mempunyai seorang isteri.

Coklat sembuhkan MATI PUCUK!!

Sebelum ini kita dimaklumkan coklat mampu memberi dan melegakan tekanan. Namun begitu, rasa coklat yang manis dan mengasyikkan itu sebenarnya juga mampu menyembuhkan MATI PUCUK. Penyelidikan percaya, kuasa penyembuhan itu disebabkan oleh kandungan FLAVANOLS terutama jenis EPICATECHIN yg terdapat dalam biji koko. Fungsi utama Flavanols ialah melancarkan pengaliran darah yang mana secara tidak langsung mampu melebarkan pembuluh darah yang sangat keras dan sempit. Selain itu Flavanols juga berupaya melancarkan pengaliran darah ke otak. Kesannya daya konsentrasi dan ingatan otak juga meningkat. Hmm..satu lagi fakta yg menarik, lps ni lelaki bleh la ada alasan yg kukuh untuk 'bercinta' dengan Coklat. Tapi awas! jangan sampi terlebih sehingga menggemukkan pulak yeee...